Muat Turun: Muat turun PDPA Policy dengan PDF

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

 

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Akta ("PDPA") yang berkuat kuasa pada 15 November 2013 adalah bertujuan untuk mengawal selia pemprosesan maklumat peribadi dalam transaksi komersial dan untuk melindungi kepentingan individu.Notis Perlindungan Data Peribadi dikeluarkan kepada semua pelanggan sedia ada dan/atau bakal pelanggan, pembekal dan pekerja dan menerangkan bagaimana kami mengumpul dan menguruskan maklumat peribadi anda mengikut PDPA.

 

Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi

Dalam urusan anda dengan Bertam Properties Sdn Bhd dan/atau anak-anak syarikat Kumpulan BPSB ("BPSB"), anda mungkin diminta untuk memberikan data peribadi anda ("Data Peribadi") untuk membolehkan kami menjalankan urusniaga perdagangan atau untuk berkomunikasi dengan anda dan untuk menyerahkan kepada anda notis-notis yang diperlukan untuk perkhidmatan dan/atau produk yang berkaitan dengan perniagaan kami. Ianya juga boleh digabungkan dengan maklumat lain untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan BPSB.

 

Data Peribadi

Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi, dari diri anda sendiri dan mungkin daripada sumber-sumber lain yang sedia ada yang mana anda telah bersetuju dan/atau jika selainnya terhad. Data peribadi yang dikumpul mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada: -

  1. Nama;
  2. Nombor kad pengenalan;
  3. Warganegara;
  4. Jantina;
  5. Taraf Perkahwinan;
  6. Bangsa;
  7. Alamat;
  8. Nombor telefon dan faks;
  9. Alamat e-mel;
  10. Pekerjaan;
  11. Maklumat perubatan;
  12. Gaji;
  13. Maklumat untuk dihubungi;
  14. Maklumat akaun bank peribadi;
  15. Maklumat kad kredit; dan
  16. Maklumat majikan.

Senarai ini mungkin termasuk lain-lain Data Peribadi bergantung kepada jenis urus niaga atau transaksi.

 

Tujuan Pengumpulan dan Pendedahan Maklumat Peribadi

Kami mengumpul Data Peribadi bagi maksud yang berikut:

  1. Untuk menilai keperluan anda untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami;
  2. Untuk menyampaikan notis, e-mel, surat atau kaedah telekomunikasi (panggilan telefon, teks mesej atau aplikasi sembang sosial) atau media sosial internet mengenai perkhidmatan atau produk kami dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau masa hadapan, kepada anda;
  3. Mengekalkan rekod pelanggan-pelanggan kami dan bakal pelanggan untuk tujuan dalaman seperti audit, analisa data, penyelidikan pasaran dan penyimpanan rekod dalaman;
  4. Untuk menyediakan dan melaksanakan perjanjian dan/atau kontrak yang diperlukan dengan anda;
  5. Untuk menilai dan menyiasat kredit, latar belakang kewangan dan apabila dianggap perlu;
  6. Untuk mencegah jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan dan pengubahan wang haram);
  7. Untuk menilai dan memproses permohonan anda di bawah mana-mana program atau mana-mana permohonan kerja;
  8. Untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga dan mematuhi manamana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan kami dan/atau produk dan untuk membuat pendedahan yang diperlukan di bawah kehendak mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami;
  9. Bagi apa-apa maksud lain yang anda telah benarkan; dan
  10. Bagi segala maksud lain berhubung dengan atau bersampingan dengan di atas.

Data peribadi yang dikumpul akan disimpan oleh kami untuk jangka masa yang dibenarkan/dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia, yang boleh sampai tempoh selepas penamatan hubungan kontrak anda dengan kami.

 

Memahami Hak Anda Untuk Akses dan Pinda Kepada Maklumat Anda

Anda mempunyai hak untuk:

  1. Membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permintaan akses atau pembetulan Data Peribadi;
  2. Menyampaikan kepada kami bantahan anda dengan penggunaan Data Peribadi bagi apa-apa tujuan yang munasabah;
  3. Menarik diri, sebahagian atau sepenuhnya atau dalam kebenaran anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang yang terpakai, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.

Anda boleh meminta akses kepada Data Peribadi anda untuk sebarang aduan atau pembetulan dengan mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada kami melalui:

BERTAM PROPERTIES SDN BHD,
Customer Service Unit,
Sales & Marketing Department,
No. 1, Jalan Dagangan 1, Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Seb Perai Utara, P.Pinang.
Tel: 04-578 2021 Fax: 04-575 9364
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Caj pengurusan mungkin dikenakan bagi apa-apa permintaan di bawah perkara 4 (b) dan 4 (b) di atas.

Walau bagaimana pun, kami mempunyai hak untuk menolak permintaan proses yang tidak munasabah berulang-ulang, menjejaskan privasi orang lain, amat tidak praktikal, atau yang mana akses tidak dikehendaki selain oleh undang-undang.

 

Akibat Keengganan/Kegagalan Menyediakan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan kepada kami adalah kesemuanya bersifat sukarela dan kegagalan memberi Data Peribadi boleh menyebabkan yang berikut:

  1. Ketidakupayaan pihak kami untuk merasmikan apa-apa kontrak dan/atau perjanjian dan/atau transaksi berhubung dengan harta, produk dan/atau perkhidmatan kami, untuk memudahkan pembangunan atau urusan sumber manusia;
  2. Ketidakupayaan kami untuk menyediakan anda dengan maklumat, notis, perkhidmatan dan/atau produk yang diminta;
  3. Ketidakupayaan untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan dan/atau kod yang terpakai kepada kami.

 

Keselamatan Dan Perlindungan Data Peribadi

Data Peribadi yang diberikan kepada kami akan dirahsiakan dan BPSB mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu, samada pentadbiran atau teknikal untuk melindungi Data Peribadi anda terhadap perkara-perkara seperti kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan.

 

Pendedahan

Di dalam keadaan tertentu, ia mungkin diperlukan untuk mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga. Pihak ketiga yang Data Peribadi anda mungkin didedahkan oleh kami adalah seperti berikut: -

  1. Mana-mana orang yang diarahkan atau dipersetujui oleh anda;
  2. Pihak yang pendedahan yang diperuntukkan di bawah undang-undang atau yang dikehendaki oleh suatu kuasa;
  3. Pemproses data iaitu pihak ketiga yang terlibat untuk memproses data peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada penyimpanan arkib, pembekal perkhidmatan kemasukan data, bank-bank dan institusi kewangan dan lain-lain;
  4. Juruaudit, perunding, akauntan, peguam atau penasihat; dan e. Mana-mana orang yang kepadanya pendedahan itu adalah, dalam anggaran kami, perlu dan/atau yang mengalami keadaan itu.

 

Penafian

  1. Ketepatan dan kesempurnaan Data Peribadi anda bergantung kepada maklumat yang diberikan. Kami akan menganggap bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat, terkini dan lengkap kecuali dimaklumkan sebaliknya.
  2. Jika apa-apa maklumat pihak ketiga yang diberikan kepada kami termasuk tetapi tidak terhad kepada majikan, rakan sekerja, maklumat keluarga, ia adalah andaian kita bahawa maklumat tersebut adalah tepat, terkini dan lengkap dan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran yang diperlukan untuk mendedahkan maklumat itu.

 

Bahasa

Menurut Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Notis ini dikeluarkan dalam ke dua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris. Di dalam keadaan di mana terdapat ketidakseragaman, versi Bahasa Inggeris Notis ini akan digunapakai sebagai dokumen muktamad.

 

Pindaan Dasar

BPSB berhak untuk mengemaskini dan meminda notis ini dari semasa ke semasa untuk mematuhi atau menyelaraskan dengan perubahan dalam undang-undang dan perundangan serta operasi perniagaan kami atau polisi. Sebarang perubahan akan dipaparkan di laman web kami dari semasa ke semasa.